Wednesday 1 April 2009

refleksi

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?


Kemahiran abad ke 21 ialah kemahiran untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya saing dan berdaya maju.Usaha ini bermatlamat menjadikan Malaysia mnjadi sebuah Negara yang moden dan maju,sebuah masyarakat yang adil,bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian yang tersendiri.

Untuk mencapai hasrat ini,system pendidikan dalam Negara perlu kepada perubahan sesuai dengan kehendak zaman.Para pendidik yang merupakan orang yang bertanggugjawab perlu melakukan tranformasi untuk melakukan perubahan ini.Antara tranformasi yang perlu dilalui oleh pihak guru ialah

Membudayakan ilmu pengetahuan iaitu menyepadukan ilmu pengetahuan dengan pekembangan semasa.

Di samping itu juga,guru harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi maklumat.Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat penting kerana ilmu inilah sekarang yang menjadi ibu segala ilmu pengetahuan yang lain.

Guru juga seharusnya menukar corak pedagogi pendidikan daripada cara yang lama kepada cara yang lebih sistematik dan berkesan.Penggunaan segala tknologi maklumat ketika menyampaikan pengajaran perlu ketika proses pengajaran dan pembelajaran.Ini bagi menarik minat pelajar zaman sekarang yang lebih terdedah kepada teknologi.Disamping itu Maklumat akan mudah diperolhi dan disimpan.Ini akan menjadikan pengajaran akan berjalan dengan lebih mudah dan efektif.Maklumat akan mudah diperolhi dan disimpan.

Seseorang guru juga mestilah mendidik pelajar supaya mempunyai daya fakir yang tinggi dan kreatif.Ini bagi memastikan mereka dapat bersaing dalam dunia sekarang.Daya fakir yang tinggi dan kreatif juga membina ketrampilan pelajar untuk menghadapai cabaran cabaran alaf baru ini.


Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Sekolah bestari diwujudkan untuk membudayakan penggunaan ict dalam pendidikan.Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang berkemahiran abad ke 21.Sekolah bestari ini disediakn dengan pelbagai perkakasan alat teknologi ICT.Tetapi yang menjadi dilemanya apabila pihak guru tidak menggunakan kemudahan ini untuk diaplikasikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari,saya akan melakukan beberapa langkah bagi memastikan dan membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah
Antara langkah yang pertama saya ambil ialah saya sendiri akan mengaplikasikan ICT ketika saya mengajar.Ini sedikit sebanyak akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan saya dan membandingkan dengan guru-guru lain.Situasi ini akan menyebabkan
guru-guru lain akan berusaha untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran mereka untuk menarik minat pelajar.
Di samping iu saya juga akan mencadangkan guru-guru lain supaya mencipta blog.Saya akan mencadangkan supaya mereka menyimpan maklumat dan memberi idea mereka melalui blog.Ini akan dapat menarik minat untuk menggunakan computer bagi mengarang tulisan dalam blog dan mencari maklumat untuk dikarang
Saya juga akan mencadangkan kepada pihak pentadbir sekolah saya supaya menggunakan ICT dalam pentadbiran.Antaranya ialah untuk menyampaikan maklumat kepada guru-guru,mengisi boring dan cap tangan kehadiran.Ini akan mendorong lagi para guru untuk menggunakan ICT kerana berkepentigan untuk mereka
Saya juga akan menggunakan multimedia apabila ada majlis dan program dalam sekolah seperti majlis hari guru,majlis perpisahan,mesyuarat agung pibg dan sebagainya.Dengan ini ia dapat menarik minat guru untuk menguasai dan mengaplikasikan ICT



Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?



Ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya membolehkan saya mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian

Menyimpan maklumat dengan baik dan sistematik dalam talian
Berhubung dengan pelajar secara atas talian.
Menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pelajar melalui atas talian
Memberikan tugasan kepada pelajar untuk disiapkan dan meminta supaya mereka berbincang melalui atas talian.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Maklumat-maklumat yang diperlukan oleh pelajar seperti nota dan rujukan.
Aktiviti-aktiviti pengukuhan seperti soalan-soalan penilaian
Contoh-contoh menarik yang berkaitan dengan pelajaran seperti gambar dan video

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Menyediakan ruang kepada pelajar untuk bersoal jawab secara atas talian
Menyediakan maklumat,nota atau rujukan kepada pelajar berkaitan dengan pelajaran yang diajar.
Membuat penilaian dan pengukuhan secara atas talian .


Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut: 1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?
Ketika mula-mula saya diberi tugas ini,tidak lain perasaan saya berasa sangat keberatan.Saya juga merasakan tugas ini memberikan tekanan kepada saya dan sangat merumitkan.Maklumlah kena banyak mengadap komputer,cari maklumat,perlu kreatif dan sebagainya.Saya merasa sangat buntu sekali.Maklumlah saya antara yang tidak berkemahiran dalam ilmu teknologi maklumat ini.Tetapi setelah kerja-kerja ini selesai,barulah saya dapat merasakan kepuasan.Sebenarnya banyak ilmu dan pengalaman baru setelah saya melakukan tugasan yang diberikan oleh ustaz ini selain ilmu yang saya pelajari dalam kelas.


2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?


Pada pendapat saya,sememangnya tidak dapat dinafikan sama sekali projek ini dapat membantu saya menjalani praktikum nanti.Apa tidaknya kerana banyak ilmu tentang teknologi dapat saya pelajari melalui projek.Ketika saya menjalani praktikum nanti sudah tentu saya akan mengaplikasikan ilmu yang saya dapat ini.Ilmu yang saya dapat melalui projek ini akan memudahkan pengajaran saya ketika mengajar praktikum nanti.Ini kerana saya sudah dapat mengetahui banyak tentang multimedia seperti penggunaan power point,movie maker,snagit photo,penciptaan blog dan sebagainya.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?Sekiranya saya fasilatitor/tutor kelas ini,saya akan mengekalkan kaedah penilaian tugas ini.Ini kerana bagi saya,kaedah penilaian yang digunakan oleh ustaz ini adalah seimbang untuk menilai pemahaman pelajar secara teori dan praktikal.

Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Sekian. Harapan saya agar anda dapat memberikan pandangan yang bernas dan kreatif.

Pada pendapat saya,sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini sudah sempurna dan mencukupi.Ini kerana pada diri sudah banyak perkara penting yag saya tidak ketahui telah dapat saya pelajari melalui subjek ini.Sukatan pelajarannya tidak perlu diubah kerana sukatan sedia ada adalah perkara yang sangat penting yang perlu diketahui oleh setiap bakal pendidik.

Thursday 12 March 2009

SALAM,,

Selamat datang ke blog saya